LAVMOR Sdn.Bhd. dilahirkan atas inisiatif pengasasnya yang saban hari melihat semakin ramai wanita ingin menitikberatkan kesihatan dalaman dan kewanitaan mereka. Justeru, atas kesukaran mendapatkan produk yang berkualiti tinggi dan selamat telah menjadi penghalang utama untuk merealisasikan impian mereka selama ini. Maka, atas rasa ketanggungjawaban dan keprihatinan bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan memertabatkankan penglibatan kaum wanita dalam bidang perniagaan, LAVMOR telah diihamkan bagi menyediakan satu platform terbaik yang mampu mengubah kehidupan dan mencapai impian seseorang agar menjadi usahawan yang dikagumi dan disegani.
Nama LAVMOR telah diilhamkan sendiri oleh pengasasnya, yang diambil dari singkatan perkataan ‘LOVE MORE‘. Ia memberi maksud ‘KASIH SAYANG BERKEKALAN’.
Konsep kekeluargaan diiringi budaya memupuk KASIH SAYANG adalah simbolik utama kepada nama LAVMOR. Kasih terhadap Tuhan, diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
LAVMOR juga memberi gambaran maksud CINTA & KEIKHLASAN sesama manusia dalam menzahirkan erti kejayaan.
Dalam menuju kejayaan, kesihatan juga harus seiring agar kita dapat menikmati kehidupan dengan lebih baik. Perlu difahami asas kebersihan dalaman menjadi teras pentingnya kesejahteraan setiap insan. Sihat di dalam maka terpancarlah kecantikan diluar. LAVMOR bakal memandu anda dan memberikan anda kedua-duanya, KESIHATAN & KEJAYAAN!
LAVMOR mewujudkan peluang kerjaya hebat yang berkekalan melalui kaedah perniagaan NETWORK MARKETING atau JUALAN LANGSUNG.
KONSEP DINAMIK 4K adalah asas kekuatan kejayaan LAVMOR yang menggabungkan 4 elemen utama iaitu :
KECANTIKAN
KESIHATAN
KERJAYA
KEKAYAAN
Konsep perniagaan LAVMOR tertumpu kepada platform ‘ENTREPRENEURSHIP’dan penghasilan produk yang berkualiti setanding dengan pasaran GLOBAL.
Konsep kebajikan menyeluruh bagi menambah baik nilai manusia. Bukan sahaja matlamat perniagaan diutamakan, tetapi nilai tambah baik kehidupan sesama manusia menjadi elemen penting di LAVMOR.